Jom Berwakaf

header ads

Kapal Angkasa Star Trek Akan Mampu Dibina Pada Tahun 2040


Seorang jurutera yang tidak mahu dikenali telah membuat jangkaan bahawa kapal angkasa ini mampu dibina dalam tempoh dua dekad lagi.
.
Semenjak kemunculan pertamanya dalam siri asal Star Trek pada tahun 1966, kapal angkasa Enterprise telah menjadi simbol pengembaraan angkasa. Terbaru, seorang jurutera yang tidak mahu dikenali telah membuat jangkaan bahawa kapal angkasa ini mampu dibina dalam tempoh dua dekad lagi. Persoalannya, sejauhmanakah hampirnya tamadun masakini dengan teknologi "Warp Speed"?

Di dalam laman web www.BuildTheEnterprise.org , seorang yang mendakwa dirinya seorang jurutera bernama "BTE-Dan" mengandaikan binaan sebenar bagi kapal ikonik USS Enterprise akan dapat dibina dan dilancarkan dalam sekitar 20 hingga 30 tahun lagi. Kapal itu mungkin memerlukan beberapa pengubahsuaian tetapi ia pasti menyamai kapal masyhur yang dipimpin oleh Captain Kirk dalam siri Star Trek.

Dibina di angkasa, kapal itu tidak akan mendarat di permukaan bulan atau planet, maka ia tidak memerlukan kelajuan tinggi untuk melepasi tarikan graviti permukaan. Enjinnya akan diperkuasakan oleh reaktor nuklear di dalam kapal, menggunakan bahan argon berbanding xenon sebagai komponen penggerak, menjimatkan kos sebanyak ratusan billion dollar. Sebagai bonus, BTE-Dan mencatatkan bahawa bahan argon boleh didapati dari ruang atmosfera Planet Marikh.

Pelbagai lakaran turut dimuatkan BTE-Dan di laman web di atas bagi menyokong pendapatnya.



.
Rujukan:
-http://www.space.com/16398-could-star-trek-enterprise-be-built.html
-http://www.buildtheenterprise.org/
-http://news.nationalgeographic.com/2016/06/star-trek-science-space-astronomy-technology-fazekas/
Kapal Angkasa Star Trek Akan Mampu Dibina Pada Tahun 2040 Kapal Angkasa Star Trek Akan Mampu Dibina Pada Tahun 2040 Reviewed by admin on July 19, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.