.
"Patience Is Power" maksudnya kesabaran itu satu kekuatan.
Kenapa kesabaran itu menjadi satu kekuatan?
Kerana keupayaan manusia melepaskan sesuatu perkara pada hari ini boleh membuka peluang yang lebih besar bagi dirinya di kemudian hari.
Pada tahun 1972, satu laporan berkaitan eksperimen membabitkan kanak-kanak telah diterbitkan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat. Dalam eksperimen ini, sekumpulan kanak-kanak telah diberikan pilihan. Ambil sebiji gula-gula marshmallow sekarang atau tangguh sebentar dan kemudian nanti diberikan dua biji gula-gula marshmallow.
Pada tahun 1988, penyelidik telah menjejaki semula kanak-kanak ini dan mengambil maklumat pencapaian dalam hidup mereka. Maklumbalas ibubapa mereka memberitahu bahawa kanak-kanak yang membuat keputusan menangguhkan masa bagi mendapatkan dua biji marshmallow didapati lebih tinggi daya saingnya.
Seterusnya pada tahun 1990, penemuan mendapati mereka mencapai keputusan peperiksaan SAT yang lebih baik.
Pengajaran ringkas yang diperolehi dari eksperimen ini adalah kesabaran menangguhkan diri mendapatkan ganjaran pada hari ini demi meraih ganjaran berganda pada masa depan boleh menjadi salah satu faktor kepada kejayaan hidup seseorang.
KESABARAN ITU ADALAH SATU KEKUATAN
.
RUJUKAN:
https://en.wikipedia.org/wiki/Stanford_marshmallow_experiment
No comments: