.
"Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan, namun entah bagaimana kami gagal jua akhirnya".
Demikian kata-kata CEO Syarikat Telekomunikasi Nokia, Stephen Elop, ketika mengumumkan pemilikan Syarikat Microsoft ke atas syarikatnya pada bulan September 2013.
Nokia merupakan salah satu syarikat perintis teknologi komunikasi mudah alih yang pernah menguasai pasaran mudah alih di era 2000-2010. Bagaimanapun, apabila sistem mudah alih iOS dan Android muncul, kegemilangan Nokia merudum. Ternyata iOS dan Android telah menjadi peneraju teknologi komunikasi mudah alih di era 2010-2020.
Kenyataan Stephen Elop itu sebenarnya merupakan jawapan kepada persoalan kenapa Nokia gagal. Beliau masih tidak mahu menerima hakikat bahawa ada kesilapan yang berlaku iaitu lambat untuk berubah.
Sesebuah perniagaan tidak perlu melakukan apa-apa kesalahan untuk gagal. Perniagaan itu gagal apabila pesaingnya memintas dalam perlumbaan persaingan dan ia lambat mengejar semula.
Nokia bukan tidak pernah cuba menyaingi iOS dan Android. Nokia cuba bersaing dengan mempertaruhkan sistem Symbian yang diterajuinya. Tetapi sistem tersebut tidak memenuhi citarasa pasaran yang lebih teruja dengan teknologi interaktif iOS dan Android. Ketika Nokia berusaha mengembangkan teknologi Symbian, ia sudah ditinggalkan jauh oleh Android dan iOS.
Cara Untuk Gagal Bisnes: "Lambat berubah di dalam perlumbaan persaingan"
.
Rujukan: https://www.quora.com/Why-did-Nokia-fail

Cara Untuk Gagal Bisnes: Lambat Berubah
Reviewed by admin
on
June 30, 2016
Rating:
No comments: