.
"Dia sudah memandu hampir separuh perjalanan ke kampung halamannya bila disedari bahawa dia terlupa mengunci pintu rumahnya".
Kenapakah kita boleh terlupa?Adakah faktor usia dan jantina memainkan peranan?
Fenomena terlupa boleh berlaku kepada sesiapa jua. Ia tidak semestinya disebabkan oleh faktor umur atau jantina.
Menurut pakar sains neuro, Adam Gazzaley, otak manusia berfungsi sebagai satu jaringan ingatan; setiap jaringan berhubung di antara satu sama lain sepanjang masa. Perhubungan inilah yang membantu manusia mengingati semula maklumat atau peristiwa lampau. Akan tetapi, jika berlaku gangguan semasa proses ini berjalan, hubungan jaringan ingatan akan terputus dan hal ini mungkin mengakibatkan fenomena terlupa.
Setiap manusia mempunyai keupayaan ingatan yang berbeza. Ada yang mampu mengekalkan ingatan walaupun berlaku gangguan dan ada yang mudah lupa apabila gangguan berlaku. Sebab itulah kita mendapati ada di kalangan kenalan kita yang mudah mengingati tarikh lahir rakan-rakannya dan ada yang sebaliknya.
Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengekalkan ingatan? Adam Gazzaley menasihatkan agar kita memberi tumpuan ke atas apa yang kita mahu lakukan. Contohnya, jika anda mahu ke dapur menyediakan senarai barang untuk dibeli, berhenti dahulu berfikir tentang urusan lain seperti panggilan telefon atau minit mesyuarat.
Fikirkan tentang senarai yang hendak ditulis dan kekalkan tumpuan tentang hal itu sehingga anda selesai menulis.
Otak manusia juga akan berperanan dengan lebih baik jika ia dilatih. Sebagai contohnya, jika kita menjadikan kebiasaan mengingati barang yang hendak dibeli tanpa menulis di atas kertas, otak kita lambat-laun akan berupaya mengingatinya. Amalkan hal ini dan anda akan dapati bahawa diri anda mampu mengingati senarai barang tanpa langsung menulisnya.
Jadi, bagaimana mengelakkan insiden terlupa mengunci pintu rumah?
Elakkan fikiran tentang keseronokan bercuti, aktiviti di musim cuti atau keresahan tentang hal lain mengganggu tumpuan anda untuk mengunci pintu rumah. Beri tumpuan kepada hal ini dan beritahu diri sendiri bahawa perkara ini sangat mustahak dan ia ada kaitan dengan harta dan nyawa anda.
Anda juga boleh menjadikan kebiasaan mempunyai senarai semak (check list) bagi setiap aktiviti yang mustahak dalam hidup. Umpamanya, senarai semak untuk perjalanan jauh seperti berikut:
1) Periksa keadaan kenderaan.
2) Sediakan kelengkapan perjalanan.
3) Masukkan kelengkapan ke dalam kereta.
4) Kunci tingkap dan pintu rumah.
4) Mulakan perjalanan.
Latih diri anda untuk membayangkan senarai semak ini dan "tandakan" senarai semak itu satu persatu di dalam minda anda. Otak anda pasti lambat-laun akan terbiasa dengan hal ini dan ia akan menjadikan anda lebih waspada kelak.
Kata Kunci:
- Beri Tumpuan
- Senarai Semak
RUJUKAN:
1. http://www.webmd.com/women/features/why-do-i-forget-things
2. http://smallbusiness.com/health-etcetera/7-signs-forgetfulness-work-7-things-can/

Kenapa Kita Boleh Terlupa?
Reviewed by admin
on
July 02, 2016
Rating:
No comments: