.
Pada tahun 1939, Kerajaan British telah mengarahkan Kementerian Penerangan mereka untuk menghasilkan poster yang dapat membina semangat juang rakyatnya khususnya dalam menghadapi Perang Dunia Kedua di sekitar tahun 1939 – 1945.
Poster-poster peniup semangat itu diberi hiasan mahkota Raja George IV. Raja George IV bertakhta di sana dari tahun 1936 hingga 1952.
Sebanyak Tiga Poster telah dihasilkan. Poster pertama berbunyi, “Freedom Is In Peril. Defend It With All Your Might”, maksudnya “Kebebasan sedang terancam. Pertahankan dengan segala kekuatanmu”.
Poster kedua berbunyi, “Your Courage, Your Cheerfulness, Your Resolution Will Bring Us Victory”, maksudnya “Keberanianmu, kegembiraanmu, keputusanmu, akan membawa kemenangan untuk kita”.
Poster ketiga berbunyi, “Keep Calm and Carry On”, maksudnya “Tetap tenang dan teruskan perjalanan”.
Poster-poster itu dicetak sekitar 2.5 juta keping. Namun, sebarannya terhad di kawasan tertentu sahaja, sehingga tidak ramai rakyat British yang melihatnya. Manakala sebahagian yang melihatnya pula dikatakan tidak menyukainya. Lalu poster-poster ini tidak kelihatan lagi dalam edaran.
Berpuluh-puluh tahun kemudian, poster asal yang bertulis “Keep Calm and Carry On” ditemukan kembali oleh seorang lelaki bernama Stuart Manley pada tahun 2000, di sebuah kedai buku bernama “Barter Books”.
Manley sedang mencari buku-buku lama. Di antara buku yang dicarinya, terselit selembar poster “Keep Calm and Carry On” yang asal. Manley pun membingkai dan memasang poster itu di kedainya.
Tak disangka, ramai pengunjung yang menyukai poster itu. Manley pun memutuskan untuk mencetak poster itu.
Kini, poster “Keep Calm and Carry On” sudah tersebar di merata tempat termasuk Internet.
.
RUJUKAN:
No comments: