Nama Zii Jia menjadi sebutan apabila beliau memenangi kejuaraan All England pada tahun 2021. Kemenangannya dalam kejuaraan itu turut mengharumkan nama Malaysia yang telah menanti selama 4 tahun selepas kali terakhir pemain Badminton negara Lee Chong Wei memenanginya pada tahun 2017.
Langkah kejayaan beliau tidak diatur sehari dua. Beliau berkecimpung dalam sukan badminton seawal usia 5 tahun. Berasal dari Kedah, beliau kemudiannya ditawarkan tempat di Sekolah Sukan Bukit Jalil setelah mempamerkan persembahan yang baik dalam kejohanan bawah 12 tahun.
Pada tahun 2015, Zii Jia memenangi kejohanan Perak dan Selangor. Beliau kemudiannya ditawarkan untuk menyertai pasukan Badminton Association Malaysia untuk beraksi di peringkat antara bangsa. Beliau menyertai beberapa perlawanan antarabangsa sehingga berjaya menduduki tempat di dalam kejohanan BWF pada tahun 2018.
Prestasi Zii Jia kemudiannya menurun di awal tahun 2019. Hingga ke satu tahap, beliau pernah menyatakan bahawa dirinya berhadapan dengan masalah kewangan, latihan dan layanan yang tidak adil. (THESTAR 13 APR 2019). Namun, beliau berusaha mengatasi masalah ini dan terus menyertai pertandingan berikutnya.
Pada bulan November 2019, beliau diuji pula dengan demam dan keracunan makanan hingga memaksanya menarik diri dari kejohanan terbuka China. Bagaimanapun, pada bulan Disember 2019 beliau berjaya menempa kejayaan menjuarai sukan SEA sekaligus meraih pingat perak bagi pasukan Malaysia di dalam sukan tersebut.
Moga kisah ini menjadi inspirasi bagi mereka yang sedang meneroka jalan mencapai puncak impian masing-masing.
Tekad dan Tabahlah menghadapi kesukaran. Kejayaan akan datang bagi mereka yang tidak putus asa berusaha mendapatkannya.
RUJUKAN:
https://www.thestar.com.my/sport/badminton/2019/04/13/feeling-smashed
https://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Zii_Jia
No comments: