Jom Berwakaf

header ads

Projek Rahsia X-Ray Amerika Syarikat Menggunakan Kelawar Sebagai Ejen Pemusnah

 


.

Mungkin ramai yang belum pernah mendengar kisah tentang Projek X-Ray iaitu satu projek ketenteraan rahsia Amerika Syarikat yang dimulakan ketika perang dunia kedua membabitkan penggunaan haiwan kelawar sebagai ejen pemusnah.

Kelawar sebagai ejen pemusnah? Bagaimana kelawar boleh menjadi ejen pemusnah?

Kelawar adalah sejenis binatang yang terbang pada waktu malam dan akan segera menyorok sebelum matahari naik. Seandainya kelawar ini dilepaskan ketika waktu subuh bersama bom kecil yang dilekatkan padanya, ia akan segera terbang menyembunyikan dirinya sebelum matahari naik sekaligus menyorokkan bom ini ditempat yang sukar ditemui manusia. Bayangkan sekiranya ratusan kelawar terbang dan menyorokkan bom-bom kecil di merata lokasi dalam sebuah bandar atau perkampungan dan kemudiannya bom-bom ini meletup serentak. Gabungan letupan kecil ini boleh mengakibatkan kebakaran yang seterusnya jika gagal dikawal boleh membakar dan memusnahkan bandar atau kampung tadi, tanpa melibatkan kehadiran seorangpun tentera penyerang!

Idea ini dikatakan diilhamkan oleh seorang Doktor Gigi bernama Lytle S. Adams. Beliau pernah bercuti di Wilayah New Mexico. Di sana, beliau tertarik untuk mengkaji sifat kelawar yang menjadi tarikan pelancongan di wilayah tersebut.

Keinginan meneroka potensi kelawar sebagai ejen pemusnah muncul apabila Adams mendapat tahu Pearl Harbour, Hawaii dimusnahkan oleh tentera berani mati a.k.a Kamikaze Jepun pada tahun 1941. Pada 12hb Januari 1942, Adams telah menghantar satu cadangan ke Rumah Putih sepertimana catatan berikut:

"We could demolish Japanese cities by strapping tiny incendiary bombs to bats, which they would carry into the all the nooks and crannies of the cities on the island." 

"Think of thousands of fires breaking out simultaneously over a circle of forty miles in diameter for every bomb dropped," 

"Japan could have been devastated, yet with small loss of life."

Terjemahannya,

"Kita boleh robohkan kota-kota Jepun dengan mengikat bom pembakar kecil ke kelawar, yang akan mereka bawa ke semua sudut kota di pulau itu."

"Fikirkan ribuan kebakaran yang berlaku serentak dengan lingkaran diameter empat puluh batu dari lokasi bom yang dijatuhkan,"

"Jepun akan hancur, namun dengan sedikit kehilangan nyawa  (dari tentera kita). "

Idea ini telah menelan belanja yang tinggi untuk dijayakan. Dilaporkan bahawa 30 siri demonstrasi telah dijalankan dan kos sebanyak USD20 Juta dibelanjakan. Pelbagai teknik telah dilakukan untuk mengumpulkan kelawar, mengurung mereka dalam sangkar, memasang bom padanya, melepaskan pada waktu yang ditetapkan dan sebagainya.

Walaupun ringkas, bukan mudah untuk mengatur binatang bagi menepati rancangan yang kita kehendaki.

Dalam sejarah peradaban manusia, pernah berlaku satu peristiwa yang mana sekawan burung terbang berbondong-bondong dan menggugurkan bahan pemusnah dari udara. Peristiwa ini berlaku di Kota Mekah pada tahun 570 Masehi. Konsepnya serupa iaitu setiap burung membawa bahan pemusnah (dalam peristiwa ini, bahan pemusnah itu adalah batu panas dan beracun) dan melepaskannya ke sasaran di bumi. Tetapi ajaibnya, hal ini berlaku dengan sempurna tanpa diaturkan oleh manusia. Bagi umat Islam, ia bukti kekuasaan (mukjizat dari) Tuhan.


وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ

(ejaan rumi: "Wa arsala ‘alaihim thoiron abaabiil.")

Ertinya: "Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong." (QS. Al-Fil: 3)


Rujukan:

https://www.theatlantic.com/technology/archive/2011/04/old-weird-tech-the-bat-bombs-of-world-war-ii/237267/


Projek Rahsia X-Ray Amerika Syarikat Menggunakan Kelawar Sebagai Ejen Pemusnah Projek Rahsia X-Ray Amerika Syarikat Menggunakan Kelawar Sebagai Ejen Pemusnah Reviewed by admin on March 16, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.