Perbandingan Antara Portal Yahoo! dan Google
Yahoo asalnya adalah nama bagi sebuah portal carian yang tergolong sebagai perintis dunia Internet. Ketika mula-mula muncul pada tahun 1994 nama asalnya ialah “Jerry and David’s guide to the World Wide Web”. Mungkin ia kurang trendy maka nama ini kemudiannya ditukar kepada YAHOO! yang dikatakan akronim kepada "Yet Another Hierarchically Officious Oracle".
Ketika itu, nama YAHOO dilihat sebagai satu nama yang "cool" yang membawa citarasa generasi muda sebagai majoriti pengguna Internet. Dari segi pemasaran, ia mungkin satu strategi "crowd puller".
Walaubagaimanapun, YAHOO kemudiannya menghadapi kecelaruan tentang tujuan kewujudannya.
FastCompany.com mencatatkan:
Yahoo never really decided what it wanted to be when it grew up. Was it a technology company? A search advertising platform? A burgeoning social network?
Yahoo tidak pernah benar-benar memutuskan apa ia mahu jadi apabila semakin berkembang. Adakah syarikat teknologi? Platform pengiklanan carian? Rangkaian sosial yang berkembang?
Akibatnya YAHOO mula berbelanja membeli syarikat-syarikat perkhidmatan web dengan kos yang tinggi tetapi tidak mendatangkan hasil yang benar-benar berbaloi.
Berbeza dengan saingan Yahoo iaitu Google. Google muncul sekitar tahun 1998. Nama itu diinspirasikan dari perkataan Googol iaitu angka 1 diikuti 100 angka 0 yang bermaksud hasil carian yang terlalu banyak. Namanya sahaja sudah membayangkan wawasan yang jelas iaitu menyediakan perkhidmatan carian yang terbaik.
Maka tidak hairanlah pada hari ini, sesudah 20 tahun berlalu, kesudahan Yahoo dan Google sangat berbeza.
Kisah Yahoo sudah menjadi kajian akademik. Satu artikel akademik menyebut:
Sekiranya kisah Yahoo ingin diteladani oleh pemimpin perniagaan masa depan, terdapat satu perkara yang perlu diketahui iaitu pentingnya pemimpin hebat mempunyai visi yang jelas untuk memandu halatuju organisasi. Organisasi tanpa pemimpin seperti itu pasti akan gagal, berulang-ulang kali. (https://onlinebusiness.umd.edu/blog/what-happened-to-yahoo-in-6-points/)
RUJUKAN:
https://medium.com/swlh/6-reasons-why-yahoo-failed-6004d67e86ff
https://www.techopedia.com/definition/12692/yet-another-hierarchically-officious-oracle-yahoo
https://onlinebusiness.umd.edu/blog/what-happened-to-yahoo-in-6-points/
https://about.google/our-story/
https://www.youtube.com/watch?v=oG7z4P1DEeI
No comments: